Ringkasan Cepat
Panduan lengkap memilih material partition (Kaca vs Gypsum) yang sesuai dengan design dan bajet pejabat anda.
Langkah / Panduan Utama
Memilih partition yang betul untuk pejabat anda sangat penting bukan sahaja untuk privasi, tetapi juga untuk penampilan (aesthetics) dan keselesaan akustik. Di Partition Jimat, kami faham bahawa setiap perniagaan mempunyai keperluan berbeza.
Berikut adalah panduan ringkas untuk membantu anda membuat keputusan:
1. Partition Gypsum Board (Pilihan Jimat & Cepat)
Gypsum board adalah pilihan paling popular di Malaysia kerana harganya yang sangat berpatutan dan proses pemasangan yang pantas.
- Kelebihan: Murah, kalis api (bergantung jenis gred), mudah dicat mengikut tema ofis anda, dan sangat privasi.
- Kekurangan: Tidak telus cahaya, jadi ia mungkin membuatkan ruang yang kecil terasa lebih sempit jika tiada pencahayaan yang baik.
Tips: Sesuai untuk bilik stor, bilik server, atau bilik perbincangan tertutup.
2. Partition Kaca (Pilihan Moden & Premium)
Jika anda inginkan pejabat moden berkonsepkan 'open space' tetapi perlukan bilik pengurus atau bilik mesyuarat, partition kacal adalah jawapannya.
- Kelebihan: Membenarkan cahaya semula jadi masuk, membuatkan ruang nampak luas, dan sangat profesional.
- Kekurangan: Harga lebih mahal berbanding gypsum dan perlukan penyelenggaraan (lap cermin secara berkala). Kos tambahan diperlukan jika anda perlukan frosted sticker untuk privasi.
Tips: Sesuai untuk pejabat korporat, firma guaman, dan bilik mesyuarat utama.
3. Fluted Panel (Pilihan Estetik & Eksklusif)
Fluted panel bukan sekadar pembahagi ruang, tetapi ia bertindak sebagai hiasan dinding (feature wall) yang menaikkan seri pejabat anda serta merta.
- Kelebihan: Design yang sangat up-to-date, pelbagai pilihan corak kayu atau warna solid, dan membantu sedikit penyerap bunyi.
- Kekurangan: Hanya sesuai untuk partition separuh atau sebagai dinding hiasan. Tidak sesuai untuk partition penuh yang memerlukan penebat bunyi yang kuat.
Perlukan Bantuan Profesional?
Jangan pening-pening! Pasukan pakar kami di Partition Jimat sedia membantu anda ke tapak untuk beri khidmat nasihat secara percuma.
Hubungi kami hari ini di WhatsApp: Klik Sini
Kesilapan Biasa Yang Perlu Elak
Elakkan mula kerja tanpa ukuran tapak, skop kerja terperinci, dan jadual pelaksanaan yang jelas.
Kos, Tempoh & Cadangan Praktikal
Bandingkan pilihan material ikut bajet dan keperluan ruang. Dapatkan anggaran kos serta tempoh siap sebelum kerja bermula.
Penutup + CTA Sebut Harga
Untuk cadangan yang tepat ikut ruang anda, hubungi kami untuk sebut harga dan konsultasi ringkas.
Kembali ke Blog